Selamat Datang Ke Rezki Ulung Enterprise..Hubungi kami di 019-5793991 (Shafa) 013-5977141 (Yana)

Rabu, 1 April 2015


Terima Kasih kepada keluarga Puan Kamaliah kerana sudi menjemput kami dari Rezki Ulung Enterprise untuk menjadi sebahagian daripada penyeri pada majlis tersebut. Memang neriah kenduri dirumah ini. Mengenakan konsep gerai tuk majlis sebegini mmg menampakkan kecerian di mana tetamu tidak perlu untuk beratur panjang mengambil juadah. Sekali lagi kami ucapkan terima kasih dan kami doakan semoga ikatan perkhawinan anak puan kekal hingga ke Jannah

Khamis, 19 Mac 2015

Jemputan ke Simpang, Taiping

InsyaAllah...
Kalau diberi Keizinan dari Allah SWT. Rezki Ulung akan ke Simpang Tiga, Taiping menyambut panggilan daripada Puan Lia untuk menjadi sebahagian daripada penyeri majlis perkhawinan anak beliau. InsyaAllah majlis ini akan berlangsung pada 29 Mac 2015. Ini bermakna Rezki Ulung sekali lagi mendapat panggilan untuk khidmat PA System dan deejay di luar kawasan Ipoh. Kami mohon kepada rakan-rakan sekalian mendoakan perjalanan kami agar selamat dan berjaya...

Majlis Perkhawinan Ridzuan & Adzwa






Sekali lagi terima kasih kepada Lah Cuisine atas rekomened anda kepada tuan rumah untuk menjadikan Rezki Ulung Enterprise sebagai slah satu rakan niaga bagi menjayakan Majlis Perkhawinan Yana & Shazwan. Terima Kasih juga kepada tuan rumah dan keluarga pengantin kerana sikap sporting anda sekeluarga. Kami dari Rezki Ulung mendoakan agar ikatan perkhawinan ini kekal hingga ke akhir hayat

Jumaat, 10 Oktober 2014

PA System @ Cameron Highland

Alhamdulillah..
Terima kasih yang  tak terhingga kepada En Mohamed Zawawi kerana sudi menjemput Rezki Ulung untuk menjadi DJ majlis kenduri perkhawinan anak perempuan beliau iaitu Dr Nurul Natasha dengan pasangan hati pilihan En Ahmad Azhari. Majlis yang berlangsung di Jim Thompson Bangalore, Tanah Rata Cameron Highland ini memberi seribu makna yang indah bagi Rezki Ulung. Pertama kali menerima undangan dan Job di kawasan peranginan ini suka mengujakan. Majlis yang berlangsung ala-ala perkhawinan taman bunga ini sungguh indah. Tambahan pula dengan pasangan pengantin yang sama padan, sama cantik dan sama menawan. Yang paling penting sikap sporting ahli keluarga ini. Dari permulaan majlis sehingga lah selesai majlis, ha,pir semua ahli keluarga menyumbangkan suara menghiburkan pengantin dan para tetamu. Memang kelas suara keluarga beliau. Semua nya memang berbakat. Yang penting duet antara bapa pengantin perempuan dan bapa pengantin lelaki. Macam dah biasa buat persembahan bersama, tak ada langsung kekok tau sumbang mambang. Bapa saudara pengantin, saya ingat lagi namanya En Said. Fuh..mengalahkan penari pro, siap gelek lagi. memang happening. Terasa mudah dan senang kerja kami dengan kerjasama dari pihak keluarga en Zawawi. Sekali lagi terima kasih kami ucapkan atas jemputan ini. Insyaallah.. lpas ini klu ada rezki, kita jumpa lagi..

Akhir kata selamat menerima menantu dari kami Rezki Ulung Enterprise








Isnin, 11 Ogos 2014

Tahniah Jet..
Akhirnya selamat jugak diijabkabulkan..Dengan ini sah sudah anda bergelar seorang SUAMI pada 8 Ogos 2014..Majlis persandingan diadakan pada hari Sabtu (09/08/2014) yang berlangsung di Dewan Felda , Kg Simee..Terima kasih kepada kekanda anda (Along) kerana sudi menjemput saya di majlis itu...

Insyaallah..
Majlis bagi pihak lelaki diadakan pada 16 Ogos 2014 di tempat yang sama..Kami doakan segala urusan dan perjalanan majlis berjalan dengan lancar dan ceria

Selasa, 3 Jun 2014

Tempahan PA System & Karaoke..

Insyaallah..

Kalau tiada yang menghalang dan jika diizinkan Allah SWT. Pada 24 September 2014, Rezki Ulung sekali lagi di jemput untuk memeriah dan menceriakan suasana perkhawinan. Kali ini tempahan di terima dari Tanah Rata, Caneron Highland. Walaupun kata setuju belum muktamad tetapi Rezki Ulung tetap berterima kasih atas pelawaan tersebut. Moga "Rezki Allah bersama Kami". Amin

Tempahan PA Systen & Karaoke

07 Mei 2014..

Insyaallah..kali ini Rezki Ulung akan menjelajah pula ke Kg Bukit Pekan, Kampar Perak atas undangan Cik Zaiha bg memeriahkan majlis perkhawinan dengan tempahan PA System dan Karaoke..semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT.. Terima kasih juga kepada Cik Zaiha kerana sudi memanggil kami dari Rezki Ulung untuk menjadi sebahagian daripada majlis itu.