Selamat Datang Ke Rezki Ulung Enterprise..Hubungi kami di 019-5793991 (Shafa) 013-5977141 (Yana)

Rabu, 4 September 2013

Tempahan PA System dan Karaoke

Alhamdulillah..

Sekali lagi Rezki Ulung akan mengembara ke Taiping bagi menyempurnakan hajat seorang rakan yang memerlukan bantuan PA System bagi memeriahkan majlis prkhawinan adinda tercinta beliau.. Terima kasih kerana sudi menjemput dan memberi kepercayaan kepada kami. Insyaalah kami akan memberi yang terbaik mungkin untuk majlis perkhawinan adinda anda..

Rabu, 10 Julai 2013

Kini Beroperasi..












Alhamdullillah..Dengan peyertaan Rezki Ulung Ent di dalam Hari Sambutan Ulang Tahun Taman Perpaduan yang diadakan pada 05-06 Julai tempoh hari. Maka dengan ini sekali lagi Rezki Ulung telah pun melangkah setapak lagi di dunia perniagaan ini dengan menbuka gerai jualan pada hari tersebut..Alhamdulillah, Sambutan agak baik di permulaan kami mengenal dunia  BUNDLE  ini. Perbagai fesyen pakaian wanita dan kanak-kanak dari yang baru hinggalah pakaian terpakai di jual di gerai kami..Insyaallah..Rezki Ulung akan hadir di pasar-pasar malam atau pasar-pasar pagi di sekitar kawasan anda. Buat masa yang terdekat..Rezki Ulung Ent. kini telah pun bertapak di PASAR PAGI JALAN HOSPITAL STEIAP PAGI AHAD..Insyaallah.

Isnin, 1 Julai 2013

Sepanjang Majlis Perkhawinan Adik Saudara Khairudin

Terima kasih sekali lg kepada saudara Khairudin kerana sudi menjemput kami dari rezki ulung untuk menjadi DJ majlis perkhawinan adik beliau..Suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila disuapkan kek pengantin pada sesi Potong Kek..hehe.First time dapat tugasan di luar dari negeri perak. Ape2 pun mmg enjoy
         

Isnin, 17 Jun 2013

Gambar Tempahan PA System

Alhamdulillah..Selesai tugasan DJ di Kampung Tengku Hussain Tambahan Dua pada 15 jun 2013. Terima kasih kepada Lah's Cuisine yang sudi menjadi rakan niaga pada hari tersebut. Tugasan yang agak mencabar di mana hanya lagu berunsur ketuhanan sahaja yang dimainkan. Agak sejuk dan simple majlis pakhwinan pada kali ni. Bagaimana punh Tahniah dari kami Rezki Ulung Ent kepada Mohd Adrul dan pasangan nya Nor Amiza. Kami doakan anda bahgia ke akhir hayat..Amin




Pakaian Wanita..Blause

 Packing yang ke 2 telah pun selamat sampai ke kedai Rezki Ulung pada 15 jun 2013. Packing kali ini mengandungi pakaian wanita terutamanya Blause. Alhamdulillah packing kali ini agak menarik isi kandungan nya. Insyaallah kami akan memasuki pasaran di pasar malam-pasar malam yang terdekat atau sekitar Ipoh dan Sg Siput..Insyaallah....Nantikan kami

Rabu, 12 Jun 2013

Bundle kanak-kanak

Alhamdulillah..Rezki Ulung Enterprise akan mengembangkan lagi sayap perniagaan. Kali ini kami akan menjual pakaian bundle untuk kanak-kanak pula..Packing yang pertama dari pemborong telah pun sampai..Buat masa ini perniagaan bundle ini hanya dijalankan di premis kedai kami sahaja..Insyaallah..Jika tiada aral melintang kami akan mengunjungi pasar malam sekitar Ipoh dan Sungai Siput..Kami mohon doa dari anda untuk mendoakan kami berjaya..

Selasa, 11 Jun 2013

Tempahan PA System

Sekali lagi diberi kepercayaan mengendalikan PA System untuk majlis perkhawinan. Kali ni di Taman Meru pula pada 15 jun 2013. Moga segala urusan PA System berjalan dengan baik dan lancar. Terima kasih Lah Catering atas pemberian Job ini. Jasa anda kami kenang

Isnin, 10 Jun 2013

Tempahan PA System dan Fotografi

Terima kasih En Khairuddin atas kepercayaan anda mengundang Rezki Ulung untuk menyediakan perkhidmatan PA System dan Fotografi untuk majlis perkhawinan adik bungsu beliau..Insyaalah kami akan buat yang terbaik..

Walaupun majlis diadakan di Kuala Ketil, Sg Petani..insyaallah kami akan sampai tepat pada waktu nya..


Isnin, 3 Jun 2013

Tempahan PA System

Alhamdulillah..
Dapat lagi tempahan PA System..
Kali ini dari Cik Shima dari PTG Bhgn Hakmilik Strata.
Majlis perkhawinan adik nya yg berlangsung di Kg Dal, Kuala Kangsar.

Tempahan PA System

Alhamdulillah..
Ada rezeki..tempahan PA System berserta DJ di TAman Lindungan Bulan, Pasir Putih..Terima KAsih Fiza atas kesudian mengambil kami menjadi DJ pada hari perkhawinan anak saudara anda itu