Selamat Datang Ke Rezki Ulung Enterprise..Hubungi kami di 019-5793991 (Shafa) 013-5977141 (Yana)

Jumaat, 10 Oktober 2014

PA System @ Cameron Highland

Alhamdulillah..
Terima kasih yang  tak terhingga kepada En Mohamed Zawawi kerana sudi menjemput Rezki Ulung untuk menjadi DJ majlis kenduri perkhawinan anak perempuan beliau iaitu Dr Nurul Natasha dengan pasangan hati pilihan En Ahmad Azhari. Majlis yang berlangsung di Jim Thompson Bangalore, Tanah Rata Cameron Highland ini memberi seribu makna yang indah bagi Rezki Ulung. Pertama kali menerima undangan dan Job di kawasan peranginan ini suka mengujakan. Majlis yang berlangsung ala-ala perkhawinan taman bunga ini sungguh indah. Tambahan pula dengan pasangan pengantin yang sama padan, sama cantik dan sama menawan. Yang paling penting sikap sporting ahli keluarga ini. Dari permulaan majlis sehingga lah selesai majlis, ha,pir semua ahli keluarga menyumbangkan suara menghiburkan pengantin dan para tetamu. Memang kelas suara keluarga beliau. Semua nya memang berbakat. Yang penting duet antara bapa pengantin perempuan dan bapa pengantin lelaki. Macam dah biasa buat persembahan bersama, tak ada langsung kekok tau sumbang mambang. Bapa saudara pengantin, saya ingat lagi namanya En Said. Fuh..mengalahkan penari pro, siap gelek lagi. memang happening. Terasa mudah dan senang kerja kami dengan kerjasama dari pihak keluarga en Zawawi. Sekali lagi terima kasih kami ucapkan atas jemputan ini. Insyaallah.. lpas ini klu ada rezki, kita jumpa lagi..

Akhir kata selamat menerima menantu dari kami Rezki Ulung Enterprise








Isnin, 11 Ogos 2014

Tahniah Jet..
Akhirnya selamat jugak diijabkabulkan..Dengan ini sah sudah anda bergelar seorang SUAMI pada 8 Ogos 2014..Majlis persandingan diadakan pada hari Sabtu (09/08/2014) yang berlangsung di Dewan Felda , Kg Simee..Terima kasih kepada kekanda anda (Along) kerana sudi menjemput saya di majlis itu...

Insyaallah..
Majlis bagi pihak lelaki diadakan pada 16 Ogos 2014 di tempat yang sama..Kami doakan segala urusan dan perjalanan majlis berjalan dengan lancar dan ceria

Selasa, 3 Jun 2014

Tempahan PA System & Karaoke..

Insyaallah..

Kalau tiada yang menghalang dan jika diizinkan Allah SWT. Pada 24 September 2014, Rezki Ulung sekali lagi di jemput untuk memeriah dan menceriakan suasana perkhawinan. Kali ini tempahan di terima dari Tanah Rata, Caneron Highland. Walaupun kata setuju belum muktamad tetapi Rezki Ulung tetap berterima kasih atas pelawaan tersebut. Moga "Rezki Allah bersama Kami". Amin

Tempahan PA Systen & Karaoke

07 Mei 2014..

Insyaallah..kali ini Rezki Ulung akan menjelajah pula ke Kg Bukit Pekan, Kampar Perak atas undangan Cik Zaiha bg memeriahkan majlis perkhawinan dengan tempahan PA System dan Karaoke..semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT.. Terima kasih juga kepada Cik Zaiha kerana sudi memanggil kami dari Rezki Ulung untuk menjadi sebahagian daripada majlis itu.

Khamis, 9 Januari 2014

Selamat Datang 2014

Alhamdulillah...2013 telah pun berlalu. Kini datang 2014. Banyak kenangan suka duka yang dilalui sepanjang tahun 2013. Moga tahun 2014 akan lebih memberi makna dalam perniagaan kami. Moga tahun 2014 memberi lebih banyak ruang dan peluang untuk kami memajukan lagi perniagaan kami..

Daripada hanya bermula sebagai tukang jahit pakaian wanita. Satu persatu Rezki Ulung mengorak langkah, mencuba nasib dalam pelbagai jenis perniagaan demi mengubah kehidupan yang lebih baik. Kini Rezki Ulung telah pun mengembangkan perniagaan nya tidak hanya tertumpu kepada jahitan ditambah pula dengan tempahan PA System bagi sebarang majlis, Jurugambar untuk majlis keraian, Jualan pakaian bundle kanak-kanak dan yang terbaru perniagaan roti john.

Terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa kami,adik beradik, sanak saudara, sahabat handal dan tidak lupa juga rakan niaga kami kerana terus dan tidak jemu menyokong kami. Tanpa anda semua mungkin kami tidak berjaya..Jasa baik anda semua hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya.