Selamat Datang Ke Rezki Ulung Enterprise..Hubungi kami di 019-5793991 (Shafa) 013-5977141 (Yana)

Khamis, 9 Januari 2014

Selamat Datang 2014

Alhamdulillah...2013 telah pun berlalu. Kini datang 2014. Banyak kenangan suka duka yang dilalui sepanjang tahun 2013. Moga tahun 2014 akan lebih memberi makna dalam perniagaan kami. Moga tahun 2014 memberi lebih banyak ruang dan peluang untuk kami memajukan lagi perniagaan kami..

Daripada hanya bermula sebagai tukang jahit pakaian wanita. Satu persatu Rezki Ulung mengorak langkah, mencuba nasib dalam pelbagai jenis perniagaan demi mengubah kehidupan yang lebih baik. Kini Rezki Ulung telah pun mengembangkan perniagaan nya tidak hanya tertumpu kepada jahitan ditambah pula dengan tempahan PA System bagi sebarang majlis, Jurugambar untuk majlis keraian, Jualan pakaian bundle kanak-kanak dan yang terbaru perniagaan roti john.

Terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa kami,adik beradik, sanak saudara, sahabat handal dan tidak lupa juga rakan niaga kami kerana terus dan tidak jemu menyokong kami. Tanpa anda semua mungkin kami tidak berjaya..Jasa baik anda semua hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya.